Jika dulu dulu, saya selalu tido bersama-sama ibu dan apabila tidur bersama-sama,perasaan tu macam tak mahu bangun dah. Nak terus tidur dipelukan ibu. #ibu suka tidur. Namun semenjak adik Aqiff bersama kami, dan ibu sibuk dengan bisnesnya, saya banyak habiskan waktu tidur saya dengan papa. #papa pandai dodoikan saya. Waktu terluang saya juga banyak saya habiskan dengan papa dan ibu pula, bizi dengan adik Aqiff. #papa kesian tengok ibu penat layan adik Aqiff. Apapun jika ibu ada waktu terluang, ibu pasti bermain dengan saya.
Seminggu dua ini, waktu tidur saya banyak sama dengan waktu tidur adik Aqiff. Tak terbayang macamana berada ditempat ibu apabila terpaksa dodoikam kami serentak dan susukan kami serentak. #kesian ibu. #agak agak mereka yang dapat baby kembar macamana ya penjagaannya? #tertanya tanya.
Kadang kadang kami tidur bersama-sama, ibu dodoikan adik Aqiff dulu dan kemudian barulah saya. Dan kadang-kadang kami dua dua tidak tidur dan tunggu papa balik barulah kami boleh tidur. Dan kadang kadang kami tidur asing.

No comments:
Post a Comment