Friday, 9 October 2015

Apabila saya tercirit....


Saya ciri birit! Untuk pertama kali, saya tercirit birit. Ish...saya silap makan kah? Atau apa? Hurmm.... ibu dah risau dah. Terus letak ubat diperut saay secara berterusan. Selepas saya teecirit, ibu dan papa cepat cepat basuhkan punggung saya dan kemudian sapukan ubat di perut saya, #ibu dan papa sayang saya.

Sebagai alternatif lain,ibu telah menggoreng biji ketumbar dan memasukkannya di dalam kain lampin,lalu mengikatnya(buat cantuman) kemudian ibu dan papa menjeram perut saya sehingga biji ketumbar itu sejuk. Apabila ibu menjeram perut saya,sekali lagi saya tercirit. Kemudian, saya tidur. #walaupun tercirit, saya masih lagi aktif bermain. #ibu monitor keadaan saya.

Alhamdulillah, malam itu saya dapat tidur dengan lena dan esoknya, saya dah tidak tercirit dah. Yeayyyy.....#terima kasih ibu, #terima kasih papa.

Waktu tidur saya.



Jika dulu dulu, saya selalu tido bersama-sama ibu dan apabila tidur bersama-sama,perasaan tu macam tak mahu bangun dah. Nak terus tidur dipelukan ibu. #ibu suka tidur. Namun semenjak adik Aqiff bersama kami, dan ibu sibuk dengan bisnesnya, saya banyak habiskan waktu tidur saya dengan papa. #papa pandai dodoikan saya. Waktu terluang saya juga banyak saya habiskan dengan papa dan ibu pula, bizi dengan adik Aqiff. #papa kesian tengok ibu penat layan adik Aqiff. Apapun jika ibu ada waktu terluang, ibu pasti bermain dengan saya.

Seminggu dua ini, waktu tidur saya banyak sama dengan waktu tidur adik Aqiff. Tak terbayang macamana berada ditempat ibu apabila terpaksa dodoikam kami serentak dan susukan kami serentak. #kesian ibu. #agak agak mereka yang dapat baby kembar macamana ya penjagaannya? #tertanya tanya.

Kadang kadang kami tidur bersama-sama, ibu dodoikan adik Aqiff dulu dan kemudian barulah saya. Dan kadang-kadang kami dua dua tidak tidur dan tunggu papa balik barulah kami boleh tidur. Dan kadang kadang kami tidur asing. 

Thursday, 8 October 2015

Adik saya


Saya ada kembar? Oh. Biar betul?  Hehehe..betul la...erk.... complicated pulak nak jawabnya. Umur kami beza sebulan sahaja jika mengikut bukan tapi setahun jika mengikut tahun. Heee.#pening kejap.  Memperkenal kan.....Dia adik saya....Muhammad Aqiff Daniyal bin Md. Amizar....dan dia...adalah..... adik susuan saya. #rupa kami ada iras ke? Rasa macam tak. #erk

Sudah hampir 2 bulan, adik Aqiff tinggal dengan saya. Saya mengalu-alukan kedatangan adik Aqiff walaupun adik Aqiff manja sangat. Hehe..

Bulan pertama tinggal dengan adik Aqiff, saya dengan dia buat hal masing masing. Kecik lagi, tak pandai main lagi la katakan. Masuk bulan kedua, barulah saya start main bersama, tapi... saya selalu usik adik Aqif dan buat dia nangis. Dia pun sama, suka buat saya nangis. #siapa suruh dekat dengan ibu saya, #adik Aqiff ialah adik saya. #Adik Aqiff manja...

Apa yang menariknya, apabila ibu menjaga adik Aqiff, saya serta merta akan bijak dan pandai berdikari. Sebabnya saya kesian tengok ibu yang penat melayan kerenah adik Aqiff jadi saya akan main sorang sorang. Namun begitu, hikmahnya, saya menjadi rapat dengan papa. #ibu dan papa sayang saya sangat sangat. #beri peluang adik Aqiff bersama ibu #hidup saya seakan complete kerana saya ada abang(walaupun tidak kenal siapa dia) dan saya ada adik.  #ibu sayang saya,abang dan adik.
#saya badmood kerana mengantuk. #ini serius, mesti bantu saya yang mengantuk. #ibu suka ambil gambar saya.


Monday, 5 October 2015

Pelaburan untuk saya



Kos sara hidup yang terlalu tinggi. OMG.! Apabila saya hadir dalam hidup ibu dan papa,bermakna, belanjawan ibu dan papa akan meningkat sekali ganda, terutamanya apabila usia saya masih bayi, sebabnya adalah, bayi memerlukan susu dan diapers.(bagi saya 2 perkara ini penting dan harus dimasukkan di dalam belanjawan keluarga)  Susu badan ? Macamana jika ibu-ibu diluar sana tidak mampu menyusu anak nya? Susu tepung juga la jawabnya...cuba kira secara kasar, purata kos untuk penggunaan diapers dan susu sahaja mampu mencapai minimum RM200 sebulan. oh no! #agar besar jumlahnya.

Ibu dan papa dah geleng kepala apabila memikirkannya, namun ibu ada penyelesaiannya. Ibu mencadangkan agar papa'melabur' kepada saya dan pulangannya pasti menguntungkannya papa jugak. Papa setuju 100 peratus. #papa sayang ibu.

Mula mula Papa 'melabur' duit OTnya untuk membeli breast pump dan segala kelengkapan pump susu untuk ibu. Tugas ibu adalah menyediakan susu EBM untuk saya. Segala maklumat mengenai susu EBM dan pump yang sesuai,semuanya papa selidik dan baca daripada blog-blog dan cikgu susu.  Papa melabur lebih kurang RM500 untuk kelengkapan susu. Alhamdulillah,sampai sekarang, saya masih minum susu ibu sepenuhnya. Ibu jugak ada sediakan Stok EBM untuk saya. #bangga. #Alhamdulillah.

Perkara kedua papa 'melabur' adalah soal penggunaan diapers. Ibu mengambil keputusan untuk memakaikan saya cloth diapers,CD. Sebab? Ianya kelihatan cantik, boleh digunakan berulang kali, dan tersangatla jimat. Saya start menggunakan CD sepenuhnya pada usia 4- 5 bulan. Mula mula sekali, papa belikan saya 5+1 keping CD untuk saya, dan sebulan kemudian,papa belikan lagi 6 keping CD untuk saya. Total semua CD saya adalah 12+1 keping. Papa 'melabur' lebih kurang RM390 untuk diapers saya.  Sampai sekarang ibu masih memakaikan saya CD. Dan CD saya juga masih dalam keadaan elok walaupun sudah 5 bulan lebih saya menggunakannya. #alhamdulillah. #super duper jimat dengan CD.

Dengan 'pelaburan' lebih kurang RM890, papa boleh berjimat beribu ribu ringgit untuk diapers dan susu sehingga saya tidak bergantung harapan kepada diapers dan susu ibu lagi. Malah, jika ada rezeki,mungkin diapers dan alatan pump susu ibu boleh diberikan kepada adik saya pula. #InsyaALLAH. #Alhamdulillah. #rezeki Allah ada di mana mana.


Friday, 2 October 2015

#bangga dalam sedih. Erk...



Lagi! Hari yang penting untuk saya... tetapi... ibu tak sempat melihatnya untuk pertama kali saya dapat duduk dengan sendirinya. #sedih.  Ibu luah rasa kecewanya setelah pak uda beritahu ibu bahawa saya sudah dapat duduk dengan sendiri. #bangga dalam sedih. #erk. Ada ke bangga dalam sedih ni? #perasaan 2 in 1.

Hurm... Apapun saya yakin, ibu bukan sengaja untuk lepaskan peluang melihat perjalanan hidup saya. #saya maafkan ibu. #ibu tidak sengaja.

Petang, apabila ada masa bersama ibu, saya cuba duduk dengan sendirinya sambil main sepit ibu dan ha..saya berjaya duduk dengan sendiri secara stabil.. dan,,,tadaaa... ibu ambil gambar saya untuk tatapan umum. Ok lah ibu,papa, selepas ini, ibu dan papa akan sentiasa melihat saya duduk dengan sendiri secara stabil. #saya makin besar, makin cerdik dan makin kacak. #saya tak sabar nak berjalan,

Wednesday, 30 September 2015

Makanan tambahan saya. #biskut



Di usia 6 bulan, ibu mengajar saya makan makanan solid yang ditapis. First day belajar makan, ibu buatkan bubur nasi. Ibu buat sedikit je kerana fikir saya mungkin makan sedikit tapi jangkaan ibu meleset, saya makan dengan banyak dan habis, #ibu masak sedap. Sebulan lebih saya makan solid food yang dtapis dengan pelbagai menu.

Apabila usia dah masuk 8 bulan,ibu mengajar saya makan makanan separa solid. Saya tetap makan dengan berselera..nyummyyy...sedap..#thumbs up. Sebagai makanan tambahan,ibu belikan biskut untuk saya. Untuk usia 7bulan,ibu belikan biskut teething jenama heinz untuk saya, kemudian,biskut baby. (Dah lupa dah biskut jenama apa)

Apabila usia menjankau usia 8 bulan lebih,ibu start mengajar saya makan biskut dengan sendiri. Dia memberi biskut kepada sata dan saya harus suapkannya ke mulut. Ok. Lama-lama saya pandai makan sendiri tapi tetap comot. Sekarang ni,ibu tidak lagi berikan biskut baby kerana comot di tangan katanya, sebaliknya ibu berikan saya biskut oat atau biskut rokok. **erk.biskut tu nama biskut rokok,tapi bukan rokok k.

Ini adalah jadual makanan saya seharian
Pagi -oat dicampur buah-buahan atau roti direndam di dalam puri buah
Minum pagi -biskut
Tengahari -nasi + lauk pauk + sayur@buah
Minum petang - biskut/roti/buah
Makan malam -nasi + lauk pauk + sayur@buah
Minum malam -biskut

#Nyummmy....sedaaaaaapp..#saya makan dengan berselera #makanan tambahan saya. #ibu mengajar saya makan seperti orang besar. #banyakkan minum air  dan menyusu untuk elak sembelit.





Jerebu ooo jerebu



Merenung ke luar jendela... mak aihhh.... memutih berasap... jerebu! Jerebu datang balik. Ibu dah risau dah. Asyik pandang ke luar jendela je ibu dan kemudian ibu menggeleng-gelengkan kepala.  Papa je steady dan saya... buat dunno je kerana tak tahu lagi apa itu jerebu dan apa itu bahaya. Ok.  Sebagai langkah berjaga jaga, jika saya keluar dengan ibu dan papa, ibu akan pastikan saya memakai mask. Mula mula pakai mask, saya akan gapai dan buangnya, tapi apabila ibu dan papa pegang erat tangan saya dan beritahu pasal jerebu, ok. Saya pakai jugak tanpa bantahan,, apabila sampai rumah nanti, ibu akan pastikan saya membasuh muka dan minum air masak dengan kerap. #better duk rumah jika jerebu.#surgical N95 tiada saiz untuk kanak-kanak. #mencegah lagi baik daripada merawat.#jaga diri jaga hati