Monday, 5 October 2015

Pelaburan untuk saya



Kos sara hidup yang terlalu tinggi. OMG.! Apabila saya hadir dalam hidup ibu dan papa,bermakna, belanjawan ibu dan papa akan meningkat sekali ganda, terutamanya apabila usia saya masih bayi, sebabnya adalah, bayi memerlukan susu dan diapers.(bagi saya 2 perkara ini penting dan harus dimasukkan di dalam belanjawan keluarga)  Susu badan ? Macamana jika ibu-ibu diluar sana tidak mampu menyusu anak nya? Susu tepung juga la jawabnya...cuba kira secara kasar, purata kos untuk penggunaan diapers dan susu sahaja mampu mencapai minimum RM200 sebulan. oh no! #agar besar jumlahnya.

Ibu dan papa dah geleng kepala apabila memikirkannya, namun ibu ada penyelesaiannya. Ibu mencadangkan agar papa'melabur' kepada saya dan pulangannya pasti menguntungkannya papa jugak. Papa setuju 100 peratus. #papa sayang ibu.

Mula mula Papa 'melabur' duit OTnya untuk membeli breast pump dan segala kelengkapan pump susu untuk ibu. Tugas ibu adalah menyediakan susu EBM untuk saya. Segala maklumat mengenai susu EBM dan pump yang sesuai,semuanya papa selidik dan baca daripada blog-blog dan cikgu susu.  Papa melabur lebih kurang RM500 untuk kelengkapan susu. Alhamdulillah,sampai sekarang, saya masih minum susu ibu sepenuhnya. Ibu jugak ada sediakan Stok EBM untuk saya. #bangga. #Alhamdulillah.

Perkara kedua papa 'melabur' adalah soal penggunaan diapers. Ibu mengambil keputusan untuk memakaikan saya cloth diapers,CD. Sebab? Ianya kelihatan cantik, boleh digunakan berulang kali, dan tersangatla jimat. Saya start menggunakan CD sepenuhnya pada usia 4- 5 bulan. Mula mula sekali, papa belikan saya 5+1 keping CD untuk saya, dan sebulan kemudian,papa belikan lagi 6 keping CD untuk saya. Total semua CD saya adalah 12+1 keping. Papa 'melabur' lebih kurang RM390 untuk diapers saya.  Sampai sekarang ibu masih memakaikan saya CD. Dan CD saya juga masih dalam keadaan elok walaupun sudah 5 bulan lebih saya menggunakannya. #alhamdulillah. #super duper jimat dengan CD.

Dengan 'pelaburan' lebih kurang RM890, papa boleh berjimat beribu ribu ringgit untuk diapers dan susu sehingga saya tidak bergantung harapan kepada diapers dan susu ibu lagi. Malah, jika ada rezeki,mungkin diapers dan alatan pump susu ibu boleh diberikan kepada adik saya pula. #InsyaALLAH. #Alhamdulillah. #rezeki Allah ada di mana mana.


No comments:

Post a Comment