Wednesday, 30 September 2015

Makanan tambahan saya. #biskut



Di usia 6 bulan, ibu mengajar saya makan makanan solid yang ditapis. First day belajar makan, ibu buatkan bubur nasi. Ibu buat sedikit je kerana fikir saya mungkin makan sedikit tapi jangkaan ibu meleset, saya makan dengan banyak dan habis, #ibu masak sedap. Sebulan lebih saya makan solid food yang dtapis dengan pelbagai menu.

Apabila usia dah masuk 8 bulan,ibu mengajar saya makan makanan separa solid. Saya tetap makan dengan berselera..nyummyyy...sedap..#thumbs up. Sebagai makanan tambahan,ibu belikan biskut untuk saya. Untuk usia 7bulan,ibu belikan biskut teething jenama heinz untuk saya, kemudian,biskut baby. (Dah lupa dah biskut jenama apa)

Apabila usia menjankau usia 8 bulan lebih,ibu start mengajar saya makan biskut dengan sendiri. Dia memberi biskut kepada sata dan saya harus suapkannya ke mulut. Ok. Lama-lama saya pandai makan sendiri tapi tetap comot. Sekarang ni,ibu tidak lagi berikan biskut baby kerana comot di tangan katanya, sebaliknya ibu berikan saya biskut oat atau biskut rokok. **erk.biskut tu nama biskut rokok,tapi bukan rokok k.

Ini adalah jadual makanan saya seharian
Pagi -oat dicampur buah-buahan atau roti direndam di dalam puri buah
Minum pagi -biskut
Tengahari -nasi + lauk pauk + sayur@buah
Minum petang - biskut/roti/buah
Makan malam -nasi + lauk pauk + sayur@buah
Minum malam -biskut

#Nyummmy....sedaaaaaapp..#saya makan dengan berselera #makanan tambahan saya. #ibu mengajar saya makan seperti orang besar. #banyakkan minum air  dan menyusu untuk elak sembelit.





Jerebu ooo jerebu



Merenung ke luar jendela... mak aihhh.... memutih berasap... jerebu! Jerebu datang balik. Ibu dah risau dah. Asyik pandang ke luar jendela je ibu dan kemudian ibu menggeleng-gelengkan kepala.  Papa je steady dan saya... buat dunno je kerana tak tahu lagi apa itu jerebu dan apa itu bahaya. Ok.  Sebagai langkah berjaga jaga, jika saya keluar dengan ibu dan papa, ibu akan pastikan saya memakai mask. Mula mula pakai mask, saya akan gapai dan buangnya, tapi apabila ibu dan papa pegang erat tangan saya dan beritahu pasal jerebu, ok. Saya pakai jugak tanpa bantahan,, apabila sampai rumah nanti, ibu akan pastikan saya membasuh muka dan minum air masak dengan kerap. #better duk rumah jika jerebu.#surgical N95 tiada saiz untuk kanak-kanak. #mencegah lagi baik daripada merawat.#jaga diri jaga hati




Monday, 28 September 2015

Yeayyyy... saya officially merangkak



Hari yang sangat penting bagi perjalanan hidup saya. Ibu adalah orang yang paling gembira kerana dapat melihatnya sendiri. Yeauuy...saya secara rasmi dah merangkak. Oh mungkin saya sedikit lambat untuk merangkak, namun itu tidak menjadi masalah kepada saya. Ibu dan papa tidak paksa atau marah atau risau apabila saya lambat merangkak. Mereka cakap, biarkan perkara itu berlaku secara semulajadi. Ibu dan papa akan tunggu. Apabila dah pandai merangkak ni, semua benda saya nak gapai dan panjat. Ops... yang ini,ibu dan papa tidak benarkan kerana risau jika saya terjatuh dan cedera. #ibu dan papa sayang saya. #saya adalah anugerah terindah buat ibu dan papa. 

Saturday, 26 September 2015

Baby high chair saya!

Ibu ada beritahu papa bahawa ibu akan belikan saya baby high chair apabila saya sudah pandai duduk. Tapi sampai sekarang, saya masih belum mampu duduk dengan sendirinya. Pun begitu, suatu hari di restoran fast food, ketika ibu sedang mengoder makanan, papa telah meletakkan saya di atas baby highchair. Apabila ibu melihat saya stabil di atas kerusi tersebut, ibu terus memberitahu papa tentang hasratnya yang tertunggak-membeli highchair untuk saya. Dan papa! Terus setuju.

Dann tadaaaaaa..... tak lama menunggu, pada hari raya haji, papa segera ke ikea membeli nya. #ibu jatuh cinta dengan baby high chair baby di Ikea. #harga yang berpatutan,Rm49.90.  #saya suka kerusi saya. #saya dah ada kerusi sendiri. #ibu mula mengajar saya untuk makan sendiri. #terima kasih ibu. #terima kasih papa.

Friday, 25 September 2015

Entry pertama saya. MARAS

MARAS: Muhammad Airell Rizqi bin Adam Shariff. Yang membawa maksud KEKAYAAN REZEKI.  Ibu dan papa memanggil saya dengan nama penuh.  #kadang kadang ibu panggil saya dengan nama penuh siap bin lagi.

MARAS yang sudah berumur 9 bulan. Yeay...Saya makin besar, makin comel,dan makin tampan. #feelinglove #feeling grateful.