Saya ada kembar? Oh. Biar betul? Hehehe..betul la...erk.... complicated pulak nak jawabnya. Umur kami beza sebulan sahaja jika mengikut bukan tapi setahun jika mengikut tahun. Heee.#pening kejap. Memperkenal kan.....Dia adik saya....Muhammad Aqiff Daniyal bin Md. Amizar....dan dia...adalah..... adik susuan saya. #rupa kami ada iras ke? Rasa macam tak. #erk
Sudah hampir 2 bulan, adik Aqiff tinggal dengan saya. Saya mengalu-alukan kedatangan adik Aqiff walaupun adik Aqiff manja sangat. Hehe..
Bulan pertama tinggal dengan adik Aqiff, saya dengan dia buat hal masing masing. Kecik lagi, tak pandai main lagi la katakan. Masuk bulan kedua, barulah saya start main bersama, tapi... saya selalu usik adik Aqif dan buat dia nangis. Dia pun sama, suka buat saya nangis. #siapa suruh dekat dengan ibu saya, #adik Aqiff ialah adik saya. #Adik Aqiff manja...
Apa yang menariknya, apabila ibu menjaga adik Aqiff, saya serta merta akan bijak dan pandai berdikari. Sebabnya saya kesian tengok ibu yang penat melayan kerenah adik Aqiff jadi saya akan main sorang sorang. Namun begitu, hikmahnya, saya menjadi rapat dengan papa. #ibu dan papa sayang saya sangat sangat. #beri peluang adik Aqiff bersama ibu #hidup saya seakan complete kerana saya ada abang(walaupun tidak kenal siapa dia) dan saya ada adik. #ibu sayang saya,abang dan adik.
#saya badmood kerana mengantuk. #ini serius, mesti bantu saya yang mengantuk. #ibu suka ambil gambar saya.


No comments:
Post a Comment