Saya ciri birit! Untuk pertama kali, saya tercirit birit. Ish...saya silap makan kah? Atau apa? Hurmm.... ibu dah risau dah. Terus letak ubat diperut saay secara berterusan. Selepas saya teecirit, ibu dan papa cepat cepat basuhkan punggung saya dan kemudian sapukan ubat di perut saya, #ibu dan papa sayang saya.
Sebagai alternatif lain,ibu telah menggoreng biji ketumbar dan memasukkannya di dalam kain lampin,lalu mengikatnya(buat cantuman) kemudian ibu dan papa menjeram perut saya sehingga biji ketumbar itu sejuk. Apabila ibu menjeram perut saya,sekali lagi saya tercirit. Kemudian, saya tidur. #walaupun tercirit, saya masih lagi aktif bermain. #ibu monitor keadaan saya.
Alhamdulillah, malam itu saya dapat tidur dengan lena dan esoknya, saya dah tidak tercirit dah. Yeayyyy.....#terima kasih ibu, #terima kasih papa.

No comments:
Post a Comment